Saturday, 11 April 2015

YOUTUBE

korang taktau ape tu youtube ehh ?? aku ajar sikit

  • Youtube Adakah Sebuah Laman Web Yang Mempunyai Pelbagai Video Yang Dibuat Oleh Tiga Karyawan Paypal Pada Februari 2005.
  • Laman Web Ini Memudahkan Pengguna Untuk Menonton Dan Berkongsi Video Yang Disukai Mereka.
  • Youtube Berpusat Di San Bruno, California. Ia Juga Menggunakan Teknologi Adobe Flash Video Dan Html 5 Bagi Memaparka Video Yang Dibina Termasuk Klip Film, Klip Tv Dan Music Video.


  • Kebanyakkan Isi Youtube Dibuat Secara Individu, Meskipun Perusahaan-Perusahaan Media Seperti CBS, BBC, Vevo, Hulu Dan Organisasi Yang Lain Sudah Memuat Turunkan Video Mereka Ke Bahagian Ini Dari Program Youtube.
CREDIT:azreen the cute

Friday, 10 April 2015

TWITTER

Twitter adalah satu tempat yang semua orang boleh access. Twitter mempunyai bermacam-macam kegunaan. Salah satu nya ialah "tweet". Sebelum nak tweet sesuatu, kita kena create account untuk menggunakannya. Lain daripada tweet, kita boleh bagi information, upload gambar, tulis "bio" follow orang lain etc.

Kaedah untuk menggunakan twitter
DAFTAR
i. Untuk guna twitter, sign up terlebih dahulu.
ii. Kemudian, isikan semua maklumat yang diminta seperti nama, email, password, re-type password, tarikh lahir and click pada sign up.
iii. Tunggu pengesahan dari twitter. Jika sudah disahkan, maka teruskan menggunakan twitter.

FOLLOW/FOLLOWERS/FOLLOWING
i. Untuk mendapatkan ramai kenalan, kita perlu cari orang lain dengan menggunakan symbol "@". Jika tidak, twitter juga sudah mencadangkan orang-orang yang kita nak follow. Jika tak nak guna cadangan yang diberikan, gunakan cara yang disebut tadi iaitu symbol “@”.
ii. Followers tu adalah orang lain follow kita dan following tu kita sendiri yang follow account orang tu sebab nak follow perkembangan dia.

Sampai di sini sahaja penerangan untuk twitter

Thursday, 9 April 2015

BRAINLY APAKAH???



Untuk pengetahuan anda semua, brainly.my adalah rangkaian pembelajaran sosial yang direka khas bagi membantu para pelajar untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Ini bersesuaian dengan objektif mereka iaitu belajar bersama dan membantu antara satu sama lain dalam pembelajaran. 
Bagaimana ianya berfungsi?? lihat paparan di bawah..
 


Maksud bagi paparan di atas ialah jika anda sukakan sesuatu matapelajaran tersebut, tetapi anda sangat lemah mengendalikan lain-lain matapelajaran, anda boleh belajar bersama pelajar yang pandai mengenai pelajaran tersebut.

Brainly juga adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Cracow, Poland, yang menguruskan sekumpulan rangkaian pembelajaran sosial untuk pelajar dan pendidik. Ia boleh didapati dalam 13 versi bahasa yang dikunjungi oleh lebih daripada 30 juta pengguna unik setiap bulan dari lebih 35 buah negara di dunia.  Syarikat ini beroperasi dalam Pendidikan Teknologi. Laman web pertama kumpulan itu telah dilancarkan pada tahun 2009 di Poland di bawah nama Zadane. Sistem ini adalah berdasarkan kepada mata motivasi dan unsur-unsur positif dimana pengguna boleh melibatkan diri dalam komuniti dalam talian.

Wednesday, 8 April 2015

WIKIPEDIA

Maksud Wikipedia
Sebuah website yang seringkali digunakan untuk mencari maklumat tentang suatu perkara. Ia dilancarkan pada 15 Januari 2001 oleh Jimmy Wales dan Larry Sanger .Laman web ini mempunyai banyak maklumat hasil dari kerjasama komuniti yang luas. Setiap orang boleh mengubah sesetengah artikal demi kebaikan tetapi perlu menunggu pengesahan dari pihak tertentu supaya versi yang diubah boleh dikenalpasti sebagai artikel yang sah bukannya vandalisma semata-mata.


Kebaikan Dan Keburukan Wikipedia
Kebaikan dan keburukan wikipedia ditentukan oleh faktor yang sama iaitu bahawa wikipedia sebuah laman web maklumat yang bebas .Kadangkala ianya di edit oleh orang yang berpengalaman dan berilmu tetapi ia juga boleh menyebabkan seseorang itu mengikut kefahaman sendiri dan melakukan pengubahan artikel secara meluru mengikut kefahaman sendiri
CREDIT:azri

Tuesday, 7 April 2015

GARENA

aku malas nk ckp banyak sbb kompem terkejut punya heee


Saya  ingin berkongsi mengenai website yang diberi nama Garena ( Connecting world games ) . Website ini mengenai beberapa jenis games .Garena ini mempunya lapan jenis games antaranya ialah Blackshot, League Of Legend, Fifa Online 3, Horn dan banyak lagi . Kebanyakkan games yang disediakan oleh Garena kini disanjung tinggi oleh pemain-pemain games online diserata dunia.

Garena bukan sahaja menyediakan game – game yang menarik. Garena juga menyediakan beberapa aplikasi yang memudahkan kita berkomunikasi bersama rakan kita ketika kita sedang berada di dalam game. Aplikasi tersebut dinamakan “G-Talk” atau “Garena Talk”. Ia memudahkan kita berhubung dalam bentuk suara atau melalui pesanan . Ia boleh dimasuki ramai orang tetapi kebiasaannya ia akan dimasuki 5 orang sahaja. Hal ini demikian kerana game yang disediakan kebanyakkannya berlawan secara 5 lawan 5 seperti game League Of Legend ( LOL ).

Selain itu , Garena juga menyediakan aplikasi Garena Plus bagi memudahkan kita menambah rakan baru dan menghantar pesanan ringkas kepada rakan secara privasi. Kebiasaannya orang akan menggunakan aplikasi ini di computer atau laptop kerana ingin terus bermain game. Anda juga boleh memiliki aplikasi ini di telefon . Ia diberi nama GAS . Ia boleh dimiliki oleh pengguna Apple  atau Android. Ia membenarkan kita berhubung dengan rakan tetapi tidak boleh bermain game seperti yang boleh dilakukan di komputer atau laptop.

Akhir sekali, saya berharap anda yang bermain game ini tidak melupakan dunia luar kerana kebanyakkan pemain game online jarang keluar dari rumah. Saya mengharapkan hal ini dapat dielakkan kerana jika terlalu lama bermain game ia akan menyebabkan kita rabun atau mendapat penyakit yang lain kerana tidak mengerahkan badan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan


CREDIT:NUR

4SHARED

 4shared ialah perkhidmatan penyimpanan dan perkongsian fail yang ditubuhkan oleh alex lunkov pada 2005 dan sergey chudnovsky. sekarang ia sudak mempunyai lebih 5juta pengguna, 11 juta lawatan harian dan banyak lagi. 4shared mmbenarkan pengguna-pengguna untuk memuat naik serta memuat turun fail-fail.

Pengesahan pendaftaran melalui emel mengembangkan ruang penyimpanan sehingga 15 GB. Pengguna-pengguna Premium akan diberi ruangan 100 GB untuk menyimpan fail-fail. Selepas Berjaya memuat naik, pengguna akan diberi URL yang unik yang akan membenarkan orang lain untuk muat turun fail. Fail-fail yang telah dimuat naik akan disimpan sehingga pengguna-pengguna memasuki akaun mereka sekurang kurangnya setiap 30 hari atau sekurang-kurangnya satu daripada fail itu dimuat turun setiap 30 hari. Akaun-akaun premium tidak mempunyai tamat tempoh sehingga pengguna meneruskan sebagai pengguna premium. 

CREDIT:afiqah

Monday, 6 April 2015

APPLE

  

 Apple Inc merupakan sebuah laman web yang mereka bentuk, membangun, serta menjual peralatan elekronik kepada pengguna seperti perisian komputer peribadi, smartphone, tablet dan banyak lagi. Antara produk yang paling terkenal perkakasannya ialah MacBook, Ipod, Iphone dan Apple Watch iaitu jam tangan pintar elektronik. Laman web ini telah diasaskan oleh Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne pada 1 April 1976. Pada masa itu, mereka membangunkan laman web yang dinamakan Apple Computer dengan tujuan menjual komputer peribadi. Kemudian, pada 3 Januari 1977, mereka telah menaiktaraf nama tersebut kepada Apple Inc. Syarikat Apple juga merupakan syarikat kedua terbesar teknologi maklumat sdengan hasil selepas Samsung Electronics dan mudah alih diiktiraf sebagai syarikat ketiga terbesar di dunia. Apple juga telah menjadi syarikat Amerika Syarikat yang pertama yang bernilai lebih daripada $700 billion. Bukan sahaja itu, malah Apple juga telah mempunyai 437 cawangan di lima belas negara yang beroperasi dalam talian Apple Store dan iTunes Store.

CREDIT:syariffudin