Untuk pengetahuan anda semua, brainly.my adalah rangkaian pembelajaran sosial yang direka khas bagi membantu para pelajar untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Ini bersesuaian dengan objektif mereka iaitu belajar bersama dan membantu antara satu sama lain dalam pembelajaran.
Bagaimana ianya berfungsi?? lihat paparan di bawah..
Maksud bagi paparan di atas ialah jika anda sukakan sesuatu matapelajaran tersebut, tetapi anda sangat lemah mengendalikan lain-lain matapelajaran, anda boleh belajar bersama pelajar yang pandai mengenai pelajaran tersebut.
Brainly juga adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Cracow, Poland, yang menguruskan sekumpulan rangkaian pembelajaran sosial untuk pelajar dan pendidik. Ia boleh didapati dalam 13 versi bahasa yang dikunjungi oleh lebih daripada 30 juta pengguna unik setiap bulan dari lebih 35 buah negara di dunia. Syarikat ini beroperasi dalam Pendidikan Teknologi. Laman web pertama kumpulan itu telah dilancarkan pada tahun 2009 di Poland di bawah nama Zadane. Sistem ini adalah berdasarkan kepada mata motivasi dan unsur-unsur positif dimana pengguna boleh melibatkan diri dalam komuniti dalam talian.
CREDIT:eyfa hasbullah
No comments:
Post a Comment