Wednesday, 23 July 2014

RELATIONSHIP
       Salam sejahtera kepada semua "viewer" rasanya lama jugak tak update blog :)...so kali ini saya diberi tugasan untuk menerangkan apa itu RELATIONSHIP,seperti sedia maklum RELATIONSHIP bermaksud PERHUBUNGAN,di dalam "dunia" pangkalan data ini relationship merupakan salah satu cara untuk data-data berhubung

       
RELATIONSHIP membolehkan kita untuk mengelakkan data lewah,CONTOHNYA apabila kita meraka sesebuah pangkalan data yang akan mengesan maklumat 'BUKU',kita hanya perlu klik pada tajuk buku itu dan kemudian "segala" maklumat akan dikeluarkan (cth: pengarang,syarikat terbitan,tarikh terbitan dan sebagainya)
       

   Relationship mempunyai tiga jenis iaitu:-

  • One-to-many relationships
  • Many-to-many relationships
  • One-to-one relationships


One-to-many relationships:-  
   "one-to-many" merupakan corak hubungan yang sering digunakan pada masa ini,dalam corak hubungan ini baris di jadual A akan mempunyai banyak persamaan dengan baris di jadual B,akan tetapi baris di jadual B hanya mempunyai satu persamaan di jadual A."One-to-many"hanya dicipta jika hanya ada satu lajur yang berkaitan merupakan kunci utama atau mempunyai halangan yang unik.



example one-to-many

Many-to-many relationships:-
      didalam "many-to-many" jadual A boleh mempunyai banyak persamaan pada jadua B begitu jugalah dengan sebaliknya. kita boleh mencipta JUNCTION TABLE iaitu jadual ketiga dan kunci primary bagi JUNCTION TABlE merupakan kunci asing pada jadual yang sebelumnya

example many-to-many



  • One-to-one relationships:-
  •       di dalam "one-to-one" pula setiap baris pada jadual A tidak boleh ada lebih daripada satu persamaan pada jadual B. Relationship jenis ini jarang digunakan kerana maklumat berkaitan hanya berada di dalam satu jadual

    alright!! rasanya sampai sini dulu BUBBYE

    No comments:

    Post a Comment