Tuesday, 7 April 2015

GARENA

aku malas nk ckp banyak sbb kompem terkejut punya heee


Saya  ingin berkongsi mengenai website yang diberi nama Garena ( Connecting world games ) . Website ini mengenai beberapa jenis games .Garena ini mempunya lapan jenis games antaranya ialah Blackshot, League Of Legend, Fifa Online 3, Horn dan banyak lagi . Kebanyakkan games yang disediakan oleh Garena kini disanjung tinggi oleh pemain-pemain games online diserata dunia.

Garena bukan sahaja menyediakan game – game yang menarik. Garena juga menyediakan beberapa aplikasi yang memudahkan kita berkomunikasi bersama rakan kita ketika kita sedang berada di dalam game. Aplikasi tersebut dinamakan “G-Talk” atau “Garena Talk”. Ia memudahkan kita berhubung dalam bentuk suara atau melalui pesanan . Ia boleh dimasuki ramai orang tetapi kebiasaannya ia akan dimasuki 5 orang sahaja. Hal ini demikian kerana game yang disediakan kebanyakkannya berlawan secara 5 lawan 5 seperti game League Of Legend ( LOL ).

Selain itu , Garena juga menyediakan aplikasi Garena Plus bagi memudahkan kita menambah rakan baru dan menghantar pesanan ringkas kepada rakan secara privasi. Kebiasaannya orang akan menggunakan aplikasi ini di computer atau laptop kerana ingin terus bermain game. Anda juga boleh memiliki aplikasi ini di telefon . Ia diberi nama GAS . Ia boleh dimiliki oleh pengguna Apple  atau Android. Ia membenarkan kita berhubung dengan rakan tetapi tidak boleh bermain game seperti yang boleh dilakukan di komputer atau laptop.

Akhir sekali, saya berharap anda yang bermain game ini tidak melupakan dunia luar kerana kebanyakkan pemain game online jarang keluar dari rumah. Saya mengharapkan hal ini dapat dielakkan kerana jika terlalu lama bermain game ia akan menyebabkan kita rabun atau mendapat penyakit yang lain kerana tidak mengerahkan badan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan


CREDIT:NUR

4SHARED

 4shared ialah perkhidmatan penyimpanan dan perkongsian fail yang ditubuhkan oleh alex lunkov pada 2005 dan sergey chudnovsky. sekarang ia sudak mempunyai lebih 5juta pengguna, 11 juta lawatan harian dan banyak lagi. 4shared mmbenarkan pengguna-pengguna untuk memuat naik serta memuat turun fail-fail.

Pengesahan pendaftaran melalui emel mengembangkan ruang penyimpanan sehingga 15 GB. Pengguna-pengguna Premium akan diberi ruangan 100 GB untuk menyimpan fail-fail. Selepas Berjaya memuat naik, pengguna akan diberi URL yang unik yang akan membenarkan orang lain untuk muat turun fail. Fail-fail yang telah dimuat naik akan disimpan sehingga pengguna-pengguna memasuki akaun mereka sekurang kurangnya setiap 30 hari atau sekurang-kurangnya satu daripada fail itu dimuat turun setiap 30 hari. Akaun-akaun premium tidak mempunyai tamat tempoh sehingga pengguna meneruskan sebagai pengguna premium. 

CREDIT:afiqah

Monday, 6 April 2015

APPLE

  

 Apple Inc merupakan sebuah laman web yang mereka bentuk, membangun, serta menjual peralatan elekronik kepada pengguna seperti perisian komputer peribadi, smartphone, tablet dan banyak lagi. Antara produk yang paling terkenal perkakasannya ialah MacBook, Ipod, Iphone dan Apple Watch iaitu jam tangan pintar elektronik. Laman web ini telah diasaskan oleh Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne pada 1 April 1976. Pada masa itu, mereka membangunkan laman web yang dinamakan Apple Computer dengan tujuan menjual komputer peribadi. Kemudian, pada 3 Januari 1977, mereka telah menaiktaraf nama tersebut kepada Apple Inc. Syarikat Apple juga merupakan syarikat kedua terbesar teknologi maklumat sdengan hasil selepas Samsung Electronics dan mudah alih diiktiraf sebagai syarikat ketiga terbesar di dunia. Apple juga telah menjadi syarikat Amerika Syarikat yang pertama yang bernilai lebih daripada $700 billion. Bukan sahaja itu, malah Apple juga telah mempunyai 437 cawangan di lima belas negara yang beroperasi dalam talian Apple Store dan iTunes Store.

CREDIT:syariffudin

Tuesday, 31 March 2015

APA ITU INSTAGRAM



Instagram ialah Laman Sosial yang digunakan untuk berkongsi video atau gambar. 

Instagram merupakan sebuah perkhidmatan perkongsian fakta dan rangkaian sosial secara dalam talian yang mebolehkan penggunannya mengambil gambar, meletakkan penapis digital dan menyebarkannya ke dalam pelbagai bentuk perkhidm,atan rangkaian sosial. Instagram diasaskan oleh Kevin Systrom and Mike Krieger dan dilancarkan pada October 2010.
            Perkhidmatan ini cepat mendapat populariti dengan lebih 100 juta pengguna aktif pada April 2010. Manakala pada Disember 2014, populariti Instagram manaik dengan lebih dari 300 juta pengguna. Instagram diedarkan melalui AppStore, google play and windows store. Sokongan untuk aplikasi yang boleh didapati untuk iPhone, iPod Touch dan telefon Android/Smartphone.
            Perkhidmatan ini telah dibeli facebook pada bulan April 2012, kira-kira AS $ 1Billion dalam bentuk wang tunai dan saham. Pada tahun 2013, instagram populariti dan pengguna instagram meningkat sebanyak 23%. Istagram memulakan pembangunan di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) apabila Systrom dan Brazil Krieger memilih untuk menumpukan perhatoan kepada perkara lain.

            Nama Instagram adalah singkatan untuk ‘kamera segera’ dan ‘telegram’. Pada mulanya instagram hanya membenarkan penggunanya berkongsi gambar sahaja. Pada 2012, pengasas instagran telah maniktararkan instagram dengan membolehkan penggunanya berkongsi video, selain gambar.


CREDIT:hazirah

Monday, 30 March 2015

APA ITU VIMEO

Vimeo adalah laman web untuk berkongsi video, dimana pengguna boleh memuat naik, berkongsi dan menonton video. Ia diasaskanoleh Jake Lodwick dan Zach Klein pada November 2004.

Nama 'Vimeo' dicipta oleh Jake Lodwick. Kelebihan vimeo ialah mempunyai tetapan privasi yang tinggi. ia juga boleh berkongsi video dan menontotnya berulang kali. Akan tetapi viemo juga ada keburukannya seperti video yang tidak ditapis


CREDIT:rafiqi

Thursday, 26 March 2015

google plus

Google plus

https://plus.google.com

Google +(plus) merupakan laman sesawang rangkaian social dalam talian yang dikendalikan oleh google .Laman ini secara rasminya dibuka pada 22jun 2011. pengguna yang mempunyai rakan yang berumur 18tahun dan  ke atas menyertai laman social ini. Tetapi menurut eksekutif syarikat google, vic gundotra,perkhidmatan ini dihentikan dalam masa sehari kerana mendapat permintaan yang begitu banyak daripada pengguna
            Perkhidmatan ini direka bersama laman social lain seperti google profiles dan google buzz. Laman ini  jugamemperkenalkan ciri-ciri baharu rangkaian social seperti cicles ,hangout, spark , huddle .dikatakan ini merupakan percubaan pertama dan terbesar syarikat google untuk bersaing dengan laman social seperti facebook

Ciri-ciri google+
Google profiles
-google profiles merupakan satu akaun yang boleh mengakses website-website tertentu seperti youtube dan blogger

Hangout
-hangout adalah tempat yang digunakan untuk perbualan video

Huddle
­membolehkan para pengguna menguruskan kenalan mereka dan berhubung melalui telefon pintar
Instant upload
-membolehkan  pengguna yang mempunyai peranti mudah alih android untuk memuat naik dan menyimpan gambar atau video dalam  album peribadi mereka

Spark
Menggunakan carian google untuk mencari tajuk yang mereka sukai dan berkongsi mengenainya
Stream

­-para pengguna boleh melihat ruang kemas kini daripada kanalan .ini menyerupai suapan berita

Wednesday, 22 October 2014

hashtag

Hashtag

Hashtag ialah kata atau fasa yang tidak mempunyai sengkang padda awal tulisan dan dimulakan dengan symbol #. Symbol ini ialah salah satu symbol metadata. Penggunaan amat meluas di facebook,twitter dan dll. hashtag juga boleh menjadi seperti group chat.
Hashtags juga berfungsi sebagai beacon agar pengguna untuk mencari dan "mengikuti" (melanggan) atau "daftar" (mengatur ke dalam senarai hubungan awam) pengguna lain minat yang sama.
Kearana penggunaan ia yang meluas perkataan hashtag telah ditambah ke dalam Oxford English Dictionary pada Jun 2014.

Cara membuat hashtag .
  • Cara untuk membuat hashtag ialah mula-mula kita perlu klik button shift+3 dan kemudian tulis pekara yang berkaitan,untuk membuatkan ia lebih menarik jangan gunakan ayat yang terlalu panjang.gunakan perkataan pendek dan mudah di ingati.


fungsi

  • Hashtag semamangnya berfungsi membantu untuk mencari sesuatu yang menarik contohnya(#HalaMadrid #ahad_kembali #trowback dan dll.)